Friday 13 January 2017

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra ini terletak di Jalan Changlun kira-kira satu km dari Pekan Jitra. Tanah asalnya ialah kawasan dusun dan kebun kelapa seluas 13.0436 ekar yang dikelilingi Kampung Teluk Nibung, Kampung Nyior dan Kampung Hijrah. Sekolah ini mula membuka pintunya pada hari Rabu 11 Januari 1956 dengan nama JITRA ENGLISH SCHOOL. Ia merupakan sekolah aliran Inggeris pertama di Kubang Pasu. En Lim Sin Chaw, bekas guru Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Star ditugaskan sebagai guru besar pertama disamping 3 orang guru penolong.
Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh DYMM Raja Muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 9 November 1956 (Sultan Kedah masa kini). Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin (SSAT) iaitu mengikut nama Sultan Kedah yang ke 24 (Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II (1854 - 1879) nenda kepada Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) dinamakan setelah semua sekolah aliran kebangsaan sepenuhnya di adakan di peringkat kebangsaan.

Guru-guru besar yang pernah mentadbir di sekolah ini ialah

En Lim Sin Chaw
1956 – 1965
En Thong Yin Yaow
1966 – 1981
En Mohd Inon b Din
1981 – 1991
En Ramli bin Yaacob
1991 – 1991
Tn Hj Zakaria bin Othman
1991 – 1994
Pn Hjh Azizah bt Abd Razak
1994 – 2006
En K.Thachanamurthy
2006 - 2016




No comments:

Post a Comment